Perbandaran ڤرباندرن Kedah

Perancangan Bandar ڤرانچڠن باندر

Negeri Kedah kini mempunyai dua buah bandaraya utama yang menjadikan negeri ini antara negeri yang mempunyai dua buah bandaraya selain negeri Selangor dan negeri Sarawak. Bandar Sungai Petani telah dinaik taraf menjadi bandaraya pada tahun 2015 yang menjadikan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani. Rakyat Kedah mempunyai dua pilihan bandar utama yang menjanjikan sebuah kota raya yang maju serta membangun dalam industri masing-masing.

Selain itu, Negeri Kedah mempunyai dua buah bandar membangun naik iaitu Bandar Kulim yang terletak di selatan negeri dan Bandar Jitra yang terletak di utara negeri. Bandar-bandar ini pesat membangun seiring dengan kejayaan dua buah bandar utama tadi.

Selaku ibu negeri dan bandar diraja, Bandar Alor Setar adalah sebuah bandar yang memberi keutamaan dalam sektor pembangunan negeri dan ekonomi manakala Bandar Sungai Petani memberi keutamaan dalam sektor industri serta pembangunan perumahan terbesar. Bandar Kulim pula memfokuskan sektor industri berat selain Bandar Jitra yang memfokuskan sektor pembangunan pendidikan.

Tambahan lagi, Kerajaan Negeri Kedah sedang membangunkan Bandar Pokok Sena, di mana bandar tersebut dibangunkan bagi menampung populasi penduduk di Alor Setar sekali gus menjadi bandar satelit. Bandar Kuala Ketil pula dijanjikan dengan pembangunan institut pendidikan terbaru pembinaan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil. Dalam 10 tahun akan datang, Bandar Pokok Sena dan Bandar Kuala Ketil akan menjadikan negeri Kedah antara negeriyang termaju di Malaysia seiring dengan slogan Kedah : Kedah Sejahtera.

Menurut Portal Warta Darul Aman, Daerah Yan akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama di mana Pulau Bunting dibangunkan sebagai pelabuhan kargo serta Daerah Pendang dan Pekan Gurun dijadikan pusat pengumpulan kargo pelabuhan. Kerajaan Negeri Kedah juga akan memajukan Pulau Langkawi setanding dengan Phuket dan Koh Samui di Thailand melalui beberapa projek hartanah seperti hotel dan marina. Projek tersebut meletakkan Langkawi sebagai destinasi bukan saja menarik dari segi keindahan semula jadinya, malah keunikan kediaman percutian mewah menepati keinginan golongan elit dan hartawan dunia

Kerajaan Kedah juga tidak melupakan daerah pedalaman seperti Daerah Padang Terap di mana Padang Terap ini dibangunkan dusun buah-buahan utama negeri sebagai produk agro-tourism. Daerah Sik dan Baling kekal sebagai daerah yang menyimpan seribu keindahan melalui flora dan fauna nya yang segar mata memandang. Daerah Bandar Baharu kekal sebagai kawasan inap desa agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong.[3]

Perancangan Perbandaran ڤرانچڠن ڤرباندرن

Negeri Kedah kebanyakan daerahnya mempunyai hanya satu sahaja bandar kecuali daerah yang besar seperti daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu.

Antara satu daerah satu bandar utama adalah :

  1. Kota Setar - Alor Setar
  2. Kulim - Kulim
  3. Langkawi - Kuah
  4. Pokok Sena - Pokok Sena
  5. Pendang - Pendang
  6. Bandar Baharu - Serdang
  7. Padang Terap - Kuala Nerang
  8. Yan - Yan
  9. Sik - Sik

Manakala daerah yang mempunyai lebih dari satu bandar utama (bukan pekan atau bandar kecil) adalah :

  1. Sungai Petani
  2. Gurun
  1. Jitra
  2. Changlun
  1. Baling
  2. Kuala Ketil

Rujukan

WikiPedia: Kedah http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing101.htm... http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing34.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing6.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing60.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing65.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Kedah,+Mal... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/guides/t... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-ai... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-pu... http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e202b_menu.h...